kitorang ni pelajar Sek Ren.Islam Al-Amin KL. x silap saya, masa dulu2 semua ibubapa yang hantar anak ke situ kena ada usrah ( x silap saya lah... ) sebab mak ayah saya ni orang biasa je..orang awam biasa.bukan lepasan Al-Azhar mahupun lepasan kursus Syariah ke hape...
lepastu apabila saya sekolah menegah di Maahad Muhammadi Perempuan, usrah ni tak wajib. bila orang ajak saya ikut usrah, saya kata dalam hati " bajet baguss dowh!!", " budak skema beb, ikut usrah"..sebab waktu tu darah muda, walaupun berada dalam ruang lingkup sekolah agama, suasana tarbiyah, tp hati keras semacam.. saya memang semakkk bebenor dengan usrah2 ni. kerana saya ni berada dalam pemikiran remaja yang sungguh tipikal.
kemudian, tingkatan 3 saya berpindah ke Sekolah Menengah Islam Al-Amin.. ( sekolah yang paling saya cintai..kerana sentuhan didikannya amat memukau dari guru2 yang tabah dan sangat dekat di hati kami ). kat sekolah ni, usrah merupakan salah satu subjek dalam pembelajaran kami. tempohnye x lama. x silap 2 jam..bila dah jadi subjek, dengan terpaksa-rela saya ikut jelah...mentornye ustazah kami yang best ( cikgu2 sini byk grade overseas, UK,US,Al-Azhar )..mentee nye, kami yang seusia tapi bercampur dari pelbagai kelas. Allah Maha Kaya. kerana hati yang keras ni, lembut jugak.. saya pikir usrah ini mengaji dan mengaji dan mengaji..lepastu ceramah agama yang sangat bosan! tapi apabila saya mengikutinye, ia adalah amat berbeza dengan apa yang saya fikir. slot pertama memang dimulai dengan tilawah ( baca Al-Quran ). baca gilir2, contohnya sorang setengah muka. yang lain semak bacaan, yang salah tu kawan2 akan betulkan. mula2 saya memang segan, sebab baca Al-Quran pun merangkak2 ( kes x baca Al-Quran hari2 lah ni ), tajwid pun terabur tapi lama2 dah tak segan sebab banyak dapat ilmu baru, dan dapat melancarkan bacaan Al-Quran. untuk yang uzur plak, akan membaca tafsir untuk bacaan tadi.. takdelah macam org yang membuta tuli baca Al-Quran, tapi tak tahu apa isinya..( teringat kisah seorang muallaf, yang merupakan sahabat ayah saya. dia sebaya ayah saya..hampir 60an. dia baca Al-Quran memang merangkak2...dia sendiri akui. tapi masya allah, selama dia bergelar islam berpuluh2 tahun ni, dia hanya membaca tafsir sahaja. kulit ke kulit bacaannya. jadi, kelebihan dia, dia tahu apa isi Al-Quran! yang amat menyentuh hati saya, katanye..Al-Quran selalu berdialog dengannya.. masya allah )
kemudian mentor akan ulas tentang ayat itu berdasarkan kepada rujukan kepada kitab ( cth Fi Zilalil Quran ). surah yang palingggg saya suka, Surah Yusuf.sebab bila baca, mcm baca novel ( walaupun novel x mampu menandinginya. sebab novel hasil manusia, Al-Quran hasil dari Pencipta).
selepas tilawah, sesi isu semasa. semua mula cungkil isu2 yang terjadi sekarang samada di dalam dan luar negara sebagai iktibar..jadi untuk spesis remaja mcm kami yang tak suka untuk baca suratkhabar mahupun tengok berita, memang ini adalah suatu task sebelum usrah. esok usrah, malam ni baru sibuk2 tengok berita * haruuu*
kemudian sesi bercerita tentang tokoh ( pilih mana2 tokoh sahabat2 wanita ). cerita ni akan diberikan oleh salah seorang dari ahli usrah. masing2 ada 'turn' ( masa nilah sibuk pinjam di perpustakaan 'buku tokoh2 wanita di zaman Nabi'. sampaikan kadang2 buku tu xde di rak, sebab semua orang nak pinjam buat rujukan..terutama di hari2 nak ada usrah).. semua akan kena bagi cerita, tak terkecuali. tak minggu ni, minggu depan. tak minggu depan, bulan depan..so tak payah nak lari2. buat penat je ha3 jadi masa nilah, akan kedengaran macam2 nama yang tak pernah kita dengar..Syaima, Khawlah, Juwairiyah, Ru`lah, Arwa dan mcm2 lagi..masa dengar nama2 tu mcm jakun yang amat.wah, tak sangka ada nama2 mcm ni..yang biasa dengar Aisyah,Fatimah,Khadijah..
habis sesi tu, sesi mentor pulak memberi tazkirah. selalunya, topik yang disentuh amat dekat dengan mentee nye. contoh pasal keikhlasan dalam belajar, menepati waktu solat dll. kebanyakan topik yang disentuh tu membuatkan kami ni tertunduk. zappp!! menusuk di kalbu.tiba jadi segan miaw miaw..sebab perangai x semenggah. sebab orang yang memberikan tazkirah itu dari hati yang bersih, maka impaknya memang menujah ke jiwa.
last sekali, sesi musykilah atau 'problemo'..masa nilah macam2 kemusykilan atau luahan perasaan berlaku. nak tanya itu ini, dan curahkan masalah tak suka dengan kawan lah, x suka dengan mak ayah lah, dan sangat banyak isunya..terasa mentor seperti seorang ibu sedang memberikan nasihat pd anak2nya..
seusai itu, akan ada bacaan doa dan tamat. selesai bacaan doa, kita pun bersalaman, memohon kemaafan. masing2 dengan jiwa yang segar bugar dengan aura positif.. jadi untuk 3-4 hari yang pertama tu, membuak2 jiwa nak membuat kebaikan..nak kejar pahala, orang kata. jiwa tengah fresh..tapi masuk hari ke 5 dan ke-6, sifat malas tu datang balik..biasalah...keje syaitan mmg x pernah putus asa...solat pun mula lambat2 sikit. suka bercakap yang bukan2 atau leka atau yang tiada faedah, baca Al-Quran pun malas... kemudian, hari ke-7, usrah kembali...makanye, jiwa yang segar bugar itu kembali..begitulah kitarannya..itulah pentingnya usrah berkala setiap minggu, supaya ada yang sentiasa mengingatkan kita yang alpa dan leka.. sebab dunia ini sentiasa menggelapkan kita dengan sisi2 keseronokannya...
saya sebenarnya nak bercerita tentang usrah, konsep usrah tu..tapi dah panjang perkongsian saya kali ini..saya akan sambungkan lagi ni entri yang lain...
AYAT CINTA saya kali ini : MARI HIDUPKAN HATI DENGAN BERUSRAH!!
saya suka dengan usaha Wardina Safiyyah mempromosikan usrah.... kerana beliau adalah public figure, jadi menjadi ikutan semua pihak...semoga Allah memberkati usaha beliau...
saya suka dengan usaha Wardina Safiyyah mempromosikan usrah.... kerana beliau adalah public figure, jadi menjadi ikutan semua pihak...semoga Allah memberkati usaha beliau...
No comments:
Post a Comment