montaj yang telah saya sediakan khas untuk program ini dengan sumber2 gambar dari ibu2..
i love u all..
psst.lagu ni pun saya baru dengar pertama kali semasa nak buat montaj ni ( haddad alwi feat. adik farhan ). tapi bila dengar sekali, terus jatuh cinta dan tak sangka ia benar2 menyentuh hati orang yang menontonnya. mungkin kita yang merasai getir perjuangan ini, jadi kita lebih terasa..
Alhamdulillah sudah selesai program berkaitan laktasi yang julung2 kali diadakan oleh pihak Jabatan Kesihatan. kesan daripada program pertama, nampaknya kita menerima permintaan yang diluar jangka dan bos pun telah memberi 'greenlight' supaya program ini diteruskan untuk tahun hadapan..
yeah!!
dari kiri : Ketua Unit Promosi Kesihatan, Pengarah Jbtn Kesihatan ( Dr.Sallehuddin ), Timb.Pengarah ( Dr.Zaidi )
Dr.Sallehudin yang disayangi ( beliau telahpun bersara pada 1 Disember 2011.kiranya, inilah program terakhir yang beliau rasmikan sebelum bersara daripada perkhidmtana.rindu dan sayang dengan Tuan Pengarah yang sangat baik hati.. tiada galang ganti dah ni hu3 )
diantara peserta..golongan kaum lelaki yang minoriti tapi yang saya salute ( wa caya sama lu lah bro! )
presenter pertama, Pn.Siti Mariam dari Pusat Laktasi Kebangsaan
Tajuk ceramah : Kepentingan susu ibu dan Panduan untuk wanita bekerjaya
presenter kedua, Pn.Nuha Khalid dari Moms Basic
Tajuk ceramah : Pemilihan 'breastpump'
pn.nuha ni ada kedai di Sg.Buloh. dan dia juga merupakan Malaysian Breasfeeding Peer Coucelor, MBfPC.
presenter keempat : En.Suzaidi, Jabatan Kesihatan WPKL
tajuk : Peranan suami dalam menjayakan laktasi
saya terpaksa memilih penceramah ni..no hidden agenda ye ha3 sebab saya dah cuba contact suami org lain, tp suaminya amat sibuk..jadi calon yang saya rasakan sesuai buat masa ini adalah teman pahit-manis-payau-masin saya ..
saya terpaksa memilih penceramah ni..no hidden agenda ye ha3 sebab saya dah cuba contact suami org lain, tp suaminya amat sibuk..jadi calon yang saya rasakan sesuai buat masa ini adalah teman pahit-manis-payau-masin saya ..
presenter kelima : Kapten Siti Suraida, TUDM
tajuk : Kisah tentera wanita yang berjaya dalam laktasi
apabila saya bawakan kapten Siti ni, baru orang bersemangat waja nak menyusukan anak. sebab kepayahan kapt.siti yang menguruskan susu ibu dari Kuching ke Kuala Lumpur benar2 membuka mata mereka betapa siapa pun kita, apepun kerjaya kita, kita mampu menyusukan anak kita! ia benar2 menjadi inspirasi buat wanita lain.
sebenarnya, saya tak pernah bersemuka pun dengan kapten. berhubung menerusi internet dan telefon je. susu ibu nilah menghubungkan kami =) bila jumpa depan mata, ayat yang terdetik kat hati " cantiknye kapten...." he3 ini mata sorang perempuan yang melihat. mata lelaki yang melihat, mcm staff saya sorang tu..asyik dok kata kat asben saya kapten ni cantik. dia dok ulang ayat sama sepanjang kapten ni punya sesi. nak putus telinga mendengarnya, kata asben sayalah..tak taw lah dia cakap betul ke tipu ha3 ( nasib baik kapten dah kawen ye...).apepun saya respek yang amat pada semangat kapten siti!!
cerita tentang kapten ada saya sentuh disini..
saya doakan suami ibu2, bakal ibu2 akan disuntik semangat mereka untuk berjaya dalam laktasi..
nota kaki :Di Intan Beach Resort, Kuala Terengganu- jam sudah 2.00pagi, sambil makan roti krim vanila high 5, mata masih segar...
cerita tentang kapten ada saya sentuh disini..
saya doakan suami ibu2, bakal ibu2 akan disuntik semangat mereka untuk berjaya dalam laktasi..
nota kaki :Di Intan Beach Resort, Kuala Terengganu- jam sudah 2.00pagi, sambil makan roti krim vanila high 5, mata masih segar...
No comments:
Post a Comment