diantara bait2 kata nasyid dari kumpulan Hijjaz...
pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki,
kalau hati itu bersih...
apabila hati sudah kotor, pandangannya juga menjadi kotor.
analoginya begini...
anda sedang melihat kanak2 meminta sedekah. yang mana satu hati anda akan berkata
1. " budak2 ni sindiket. tak payah bagilah" atau " " boleh percaya ke bagi duit kat budak2 ni."
2. " Allah dah hantar askar2nya utk bersedekah ni. kalau mrk sindiket pun, yang penting pahala bersedekah sudah tercatit. "
kita adalah apa yg KITA BACA,KITA LIHAT,KITA MAKAN..
banyak orang suka menonton TV. dan skrip TV dari pelakon2 tu dh jd sebati dengan kehidupan. contohnya, kita lihat apabila ada pergaduhan diantara kawan2 atau pasangan atau adik beradik..ayat tu mcm pernah didengar aje di TV. yelah apa yang kita tengok tu akan masuk dalam minda kita.
kemudian kita yang hanya suka baca akhbar2 atau majalah tabloid, gossip sana-sini,cerita tentang toyol lah, jadi otak kita bergerak untuk bergossip sahajalah dan terus memikirkan untuk takut kepada HANTU, bukannya TUHAN.
jadi, marilah kita celikkan mata hati kita yang dah hampir buta atau yang sudah buta!
kita ni bila tengok orang buta, kita akan berkata " kesian orang buta. susahnya nak bergerak"
tapi kita terlupa nak berkata " kesian orang celik tapi buta hati. susahnya nak hidup" ( sebab bila dah buta hati,buta pemikiran, hidup stress, suka berprasangka,itu tak kena,ini tak kena )
mari kita cuci hati supaya celik semula mata hati kita.... =)
ibu dan ayah mertua yang cacat penglihatan sejak lahir..
" mak nak tak kalau boleh nampak ? " soal anaknya. " taknaklah. sekarang yang tak nampak pun bergosip mcm2.klu dah nampak, lagilah x henti2 gosipnye " jawab mak..
" abah nak tak kalau boleh nampak ? ". abah jawab " taknaklah.kalau abah tengok mak kau tak cantik, abah nak kawen lain " ha3 memang mau pecah perut dibuatnya..mereka sangat sempoi.
kedua2 mereka amat aktif bermain pingpong. dan jangan tak tahu, ayah mertua saya salah seorang panel juri untuk sukan pingpong orang cacat penglihatan..=) saya belum berkesempatan nak tengok mereka bermain pingpong..tahun depan saya berazam nak jugak pergi tengok mereka bersukan... mesti pingpong mereka sangat berbeza dengan pingpong kita yang celik ni...
ayah mertua saya suka berjalan. rajin melepak kedai kopi...( bayangkan kalau dia celik, lagi melekat kat kedai kopi, tengok bola ha3 )
mereka taip sms lagi laju dari saya. handphonenya canggih lagi mahal sebab hp canggih sahaja support software untuk orang cacat penglihatan. lagi hebat, mereka pandai plak tu singkatan2 sms ni. masa mula2 dulu, saya hantar sms dengan ayat buku ( iaitu ayat penuh ).tapi mak saya balas selamba je dengan ayat sms kita yang celik nih. mau tak terkejut dibuatnya ha3
mak saya suka mengemas rumah, suka buat 'deco' ala eric ha3.. mak saya cekap menyapu sampah. kalau orang sapu tak betul, dia akan kata " aisshh macamanalah orang bermata ni menyapu. habuk bersepah lagi " ha3 mak saya menyapu sambil kakinye merasa habuk2 disekeliling.
mak suka memasak. macam2 resepinya, sampaikan saya yang celik ni pun mintak resepi dari dia ha3.. dia masak nasi lemak, bubur lambuk, ikan 3 rasa, laksa, dan macam2 lagi.
dia dan adik ipar saya menjaga anak saya sejak lahir sampai sekarang ( sekarang umur sakinah 1 tahun 1 bulan ). saya berpantang pun rumah mak mertua.sebab mak saya bekerja. mak mertua saya kreatif dengan mcm2 idea inovasinya.
tengok kreatifnya dia..
menggunakan bekas dan kole stainless steel untuk memanaskan susu (EBM) sakinah
nota : orang yang cacat penglihatan pun berusaha nak buat macam2 untuk uruskan susu ibu. tapi orang celik ( sebahagian pengasuh atau ibubapa ) malas nak uruskan EBM. katanya payah.. kemudian lagi malang, naikkan caj yang tak masuk di akal!
saya memang kagum dan amat respek dengan ibu mertuaku. i love u mom...
* hug and kisses*
No comments:
Post a Comment