LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Totto-Chan : The Little Girl At The Window

saya rasa semua ibubapa perlu ada buku ini. tapi saya tiada idea bagaimana hendak membeli buku ini yang rata2 telah 'sold out' di kedai buku utama ( Kinokuniya Bookstore dan MPH ).

Totto-Chan (Asian Edition) 

kenapa saya kata ia adalah bahan WAJIB ? mari saya kongsikan rahsia yang amat mahal tentang pendidikan anak2 di dalam buku ini.

buku ni di tulis olh Tetsuko Kuroyanagi. dia telah melakarkan sebuah cerita terbaik tentang guru besarnya. guru besar yang hebat dengan kasih sayang yang amat mendalam terhadap kanak2 dan kaedah berkesan yang digunakan oleh gurunya untuk mendidik mereka
Kisah seorang kanak2 perempuan bernama Totto-Chan yang bersekolah di Tomoe Gakuen, salah sebuah sekolah yang ideal semasa Perang Dunia Kedua. Istimewanya sekolah ini dimana ia menggabungkan pembelajaran dengan keseronokan, kebebasan dan kasih sayang.  Yang menariknya, sekolah ini menjadikan gerabak keretapi sebagai bilik darjah dan dan sekolah ini dikendalikan oleh gurunya  yang  hebat, Sosaku Kobayashi yang mana seorang insan luar biasa yang teguh berpegang kepada kebebasan dalam penzahiran perasaan dan tindakan.
Kobayashi telah meyakinkan pembaca bahwa semua kanak2 dilahirkan dengan sifat semulajadi BAIK ( yang sememangnya fitrah kanak2 ), yang boleh dengan mudah di rosakkan oleh persekitaran dan pengaruh tidak baik dari orang dewasa. 
Matlamat Kobayashi supaya sifat semulajadi kanak2 ini yang baik di dedahkan dan dikembangkan supaya mereka dapat membesar menjadi insan yang memiliki identiti mereka sendiri. 

Totto-Chan ini mempunyai pengalaman di buang sekolah di saat dia baru sahaja memasuki sekolah tersebut ( Darjah Pertama ) akibat daripada perangai2 yang telah beliau lakukan. Guru di sekolah lamanya merasakan Totto-Chan ini banyak mengganggu sesi pembelajaran dan mendatangkan masalah kepada guru dan rakan sekelas yang lain. Pengalaman ini benar2 membimbangkan ibunya.

Kemudian ibu Totto-Chan telah menghantar Totto-Chan ke sekolah baru dan kehadiran Totto-Chan ke sekolah tersebut amat dialu2kan oleh Kobayashi, Pengetua Tomoe Gakuen. Perkara pertama yang dilakukan oleh Kobayashi adalah mendengar cerita kanak2 yang berusia 7 tahun itu selama 4 jam dengan penuh minat dan tanpa jemu. Totto-Chan berasa amat gembira, selamat dan selesa dengan guru besar. Yelah, siapa yang tak gembira bila ada pendengar yang baik. orang dewasa pun gembira, apetah lagi kanak2..

Kaedah yang di laksanakan oleh Kobayashi amat berkesan kepada anak muridnya. Semua murid2 diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti yang diminati. anda bayangkan, didalam kelas yang sama, murid2 bebas melakukan apa sahaja yang mereka minati tanpa halangan. Guru akan memberikan soalan kepada murid2 dalam pelbagai subjek. ada subjek matematik, ada subjek sains, ada subjek seni, ada subjek karangan. tapi semua murid perlu menjawab soalan tersebut. terpulang pada murid2 nak jawab soalan yang mana terlebih dahulu. murid yang minat seni, akan menjawab soalan subjek seni terlebih dahulu. yang minat matematik, akan jawab soalan matematik, sibuk dengan kerja2 mengira terlebih dahulu kemudian diikuti dengan soalan2 dari subjek lain.


Kaedah ini benar2 membantu guru2 untuk menilai minat, perwatakan dan cara pemikiran murid2. Kemudian obayashi menggunakan kaedah terbaik untuk mendidik murid2nya tentang hidangan makanan tengahari yang seimbang dan berkhasiat ..mottonya yang akan di laung2kan semasa sesi makan tengahari " Something from the ocean, something from the hills'. Kobayashi akan periksa 'lunchbox' murid2nya untuk mengetahui makanan yang dibekalkan oleh ibubapa. sekiranya makanan tu tidak lengkap, Kobayashi akan membantu untuk melengkapkannya. Dalam masa yang sama, dia akan bertanya kepada murid2 sumber makanan yang dibawa samada dari laut atau dari darat.


Kaedah pendidikan yang lain adalah menanam nilai berkasih sayang sesama insan dengan perkongsian suka dan duka, menghargai orang lain. Totto-Chan mempunyai 2 kawan yang istimewa. Yasuaki Yamammoto, penghidap polio dan Akira Takashi, seorang kerdil. Cerita Totto-Chan membantu Yasuaki memanjat pokok, benar2 menyentuh jiwa saya T_T


Dalam pembelajaran mereka juga diterapkan nilai bekerjasama, mencintai alam sekitar, menghargai sejarah negara dan negarawan dan sebagainya. Diantara aktiviti lain, mereka mempunyai pengalaman Perkhemahan Musim Panas ( perkhemahan di dalam dewan sekolah ), Ujian Keberanian, Latihan Bersiar2 dan pelbagai aktiviti menarik.


Saya akan sambung lagi cerita ini memandangkan saya baru sahaja selesai membaca topik ini. Harap sabar ye menanti cerita berikutnya..kalau tidak sabar, dijemput membeli buku ini =)
saya membaca buku yang berbahasa Inggeris ini mencabar diri saya kerana saya perlu merujuk kamus satu persatu. buku saya dah penuh dengan conteng2an vocabulary he3



2 comments:

  1. good info insyallah i nk cr buku ni gak nnt..hehe

    ReplyDelete
  2. dlm malaysia, buat masa ni dh stop cetakannya. td baru call kinokuniya. kalau oversea, banyak kot..nanti terbang g mana2 carik buku yg sangat dah-syat ni =)

    ReplyDelete