LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Di saat kejatuhan tanpa USRAH

selesai Tingkatan 5, saya menerima tawaran untuk sambung belajar di UIA..kemudian setelah s2 minggu orientasi di Matrik UIA, saya keluar dari UIA ( sebab saya dapat jurusan yang saya x minat, course economy ) dan memasuki Institut Kesihatan Umum untuk jurusan Dip.Kesihatan Persekitaran. waktu ini konflik juga di antara ibu dan ayah kerana ayah mahukan saya di UIA ( sebab ayah takut saya jadi 'hantu' di luar kawasan pagar yang islamik ) dan ibu mahukan saya ke IKU..jadi, saya memohon petunjuk istikharah..maka, IKU lah pilihan...


saya melalui latihan selama 3 tahun di IKU. 3 tahun yang penuh dengan keseronokan. lagi2 fenomena budak kolej memang seronok..mcm2 ragamnye. kunun dah besar sangattt!! setakat elaun RM600 sebulan tu, makan sedap2, belanja pakwe/makwe makan best2, bagi hadiah yang grand..hehe ohh fenomena cinta kolej..! saya juga yang lemah lagi lalai ni juga terjebak. selama 3 tahun, saya memang x ikut mana2 usrah pun. sebab mula2 saya tak dapat nak ikut sebab saya tinggal kt Sungai Buloh ( tempat ceruk, kt perkampungan orang kusta )..jadi masalah utama adalah 'transport'. saya tiada kenderaan dan tak berani nak bawa kereta. itu adalah punca pertama yang menyebabkan saya tak dapat nak ikut usrah dah. walaupun ada yang halo2, ajak berusrah..


tak lama, saya jadi baik, jadi produk Al-Amin yang bagus... satu semester tak berusrah cukup memerangkapkan saya ke dalam sisi yang amat seronok. lagi2 waktu itu, budak kolej menggelarkan saya ustazah (ustazah rock ha3) dan banyak peminatnya ( perasan sungguh! ha3 ).. jadi terjebaklah saya ke dalam macam2 perangai. Al-Quran tu berdebu kat atas rak, solat pun hujung2 waktu, qiyamulail pun bermusim je..waktu nak periksa je..waktu lain, dok melepak bilik membe, bergossip sakan, tengok dvd * memalukan sungguh*


3 tahun tu benar2 mengubah saya.. sebab tiada yang mengingatkan saya. tiada yang mendidik semula hati saya yang kotor lagi berdebu.. bila saya frust bercinta, baru saya cari semula sahabat2 tarbiyah saya. baru saya hubungi mereka. yelah, waktu hati tengah sedih, baru teringat dekat Allah, baru teringat dekat orang baik2. T_T


habis diploma, bulan Jun. bulan Ogos, saya sudah di panggil untuk berkhidmat sebagai Inspektor Kesihatan. mak ayah saya selalu pesan pasal gaji yang halalan toyyibah. keje sebagai penguatkuasa kesihatan ni memang terdedah dengan pelbagai rasuah, duit kopi, duit bawah meja.. mak ayah cukup risau kalau2 saya terjebak.. alhamdulillah Allah menjaga saya..benar2 saya bersyukur. saya mempunyai rakan sekerja yang nampak sangat biasa, tapi masyallah... ( dia bukan bertudung besar, bukan yang jenis pakai jubah, budak sekolah MRSM Terendak, keluarga pun biasa2 shj, tapi dia rajin membuat amalan2 sunat ) dan seorang kawan kristian  yang merupakan penganut agama yang baik. kawan saya tu selalu berkongsi perkara2 berkaitan agama ni dengan saya. ( kat opis tu, kami bertiga je yang IK perempuan, jadi sangatlah akrab ). kemudian sahabat saya bertanya, tentang program2 agama yang dianjurkan oleh mana2 badan. dia kata nak tambah ilmu. kemudian saya teringat usrah. bila saya tanya dia pasal usrah, Ya Allah...sukanye dia bukan kepalang...dia cerita dengan satu keluarga dia, dia ikut usrah. keluarga dia berada di Johor..keluarga dia sangat menyokong... ( benar2 mengujakan saya sebab keluarganya tak pernah terdedah pun dengan benda2 ni, tapi sungguh positif dan supportif ! )


alhamdulillah, selama 4 tahun saya berkhidmat sehingga kini..kami berdua masih diberikan kekuatan untuk berada dalam ruang lingkup usrah walaupun dugaan yang kami hadapi untuk berusrah sangattttt banyak. itulah Allah nak duga kita samada kita kuat atau tidak menjadi orang yang baik2 ( saya belum cukup baik, masih banyakkkk lagi perlu diperbaiki )..bayangkan, bila hari nak usrah je, mcm2 halangan..tiba2 jammed teruk sampai 2jam, tiba2 kereta rosak, tiba2 sesat jalan, tiba2 sakit kepala, tiba2 ada operasi ad-hoc, tiba2 kena balik kampung, tiba2 anak tak sihat..dan banyakkkkkk TIBA2.. sampaikan sahabat saya tu berkata " aqilah, awak doakan akak ye supaya kita tetap dalam tarbiyah..kadang2 akak tak kuat nak berdepan dengan mcm2 halangan nak berusrah ni "... dalam hati saya bergolak..sebab saya lagilah x kuat pun bila berdepan dengan mcm2 dugaan ni. saya terpikir nak stop sekejap berusrah ni. nanti bila dah stabil, sambung semula..tapi siapakah akan menjanjikan kestabilan untuk hidup kita???? apakah kestabilan kita tu dimaksudkan dengan kesenangan kita sahaja ? stabil tu bila kita tak sibuk, atau bila kita ada masa lapang.. kalau ditunda2 memang tak jadi. orang bujang, dengan permasalahan dan jadual bujangnya. apetah lagi orang yang dah kawen dan beranak-pinak. Allah bagi kat kita masa 24 jam, semua sama..takde yang dapat 30 jam mahupun yang dapat 12 jam shj. kitalah yang nak mencorakkan masa kita. kenapa orang lain boleh, kenapa kita tidak? hanya seminggu sekali sahaja berusrah.. 


lebih2 lagi kalau yang dah berkahwin tu, elok sangat bawak anak2 supaya anak2 juga terdedah dengan usrah dan tarbiyah sejak kecil. kalau kita melihat pada generasi yang ada sekarang, entah bagaimana pula generasi anak2 kita nanti. sekarang pun kita tengok dah azab perangai2 mereka, apetah lagi lagi 10 tahun... amat merisaukan saya yang sudah bergelar ibu ini...


NOTA CINTA : Marilah mencari usrah.. ke arah mendidik jiwa hamba ...
Marilah kembali kita menjinakkan jiwa kita dan keluarga...

No comments:

Post a Comment