jadi suka saya nak kongsi inovasi nenek moyang kita tu, dah ada di zaman sekarang. cuma sekarang nak buka minda dan cetuskan keprihatinan manusia sekarang untuk menjaga bumi ini. kerana kitakan Khalifah..jadi tanggungjawab kita nak menjaga bumi kita...=)
dulu saya kenal pad kain ni selepas habis pantang jadi terasa amat RUGI!! sebabnya pendarahan ketika pantang kan sangat banyak dan kita dinasihatkan menukar selalu pad agar tidak berlaku jangkitan kuman pada kawasan kemaluan dan kawasan jahitan. bayangkanlah jumlah pad yang digunakan sehari...dahlah minum air masak berbotol2, lepastu memang nak ke tandas jelah jawabnye..sudahnye, setiap kali ke tandas, akan tukar pad. sebab darah yang terdedah ke udara akan merebakkan pembiakan bakteria dengan cepat. saya pula nak bagi tempat jahitan tu cepat sembuh, jadi memang dok tukar pad jelah...x silap saya, saya habiskan 3 paket lebih ( 1 paket ada 2o keping ). bila kenangkan duit, ohhh ruginyerrr...
walaupun terpaksa melabur sikit untuk beli pad kain+pantyliner kain ni dalam kuantiti yang sesuai ( lebih kurang RM 300 ), saya x kesah. yang penting jimat duit saya di masa akan datang dan selamatkan bumi! saya dah sediakan tabung pad+pantyliner. so setiap RM15 yang saya peruntukkan setiap bulan, saya masukkan dalam tabung. jadi, korang akan rasakan penjimatannye =)
harga pad+pantyliner pakai buang yang saya beli setiap bulan RM15.setahun dah RM 180.. 3 tahun dah RM540.. buang duit ke longkang!
ni yang saya borong dari mama patch=)
jom saya kongsi kan info ini supaya anda pun tak rugi macam saya
pad kain, tentunya dibuat dari kain. zaman sekarang dah mcm2 corak ( geram tengok!! ). pad kain ini dicipta untuk menyokong persekitaran kita dengan lebih baik untuk generasi masa akan datang.
pad kain ni macam2 saiz ada..alaa, macam pad pakai buang jugak. ada regular, overnight dan mcm2 lagi.
untuk hari2 berat, pad kain ni boleh tampung darah 3-5jam ( tapi lain orang, lain keluaran darahnye =))..adalah lebih baik kerap ditukar untuk elakkan kebocoran.
yang sangat kagum, pad kain tidak mengeluarkan bau macam pad pakai buang. sebab pad pakai buang mempunyai bahan kimia2 yang mana reaksi darah dengan bahan kimia ini, menyemarakkan lagi bau darah anda. pad kain ni mempunyai rongga udara yang mana membenarkan aliran udara yang sempurna berlaku.
pad kain yang dibuat masa kini, dilengkapi dengan lapisan plastik yang 'breathable' di bahagian bawah untuk mencegah kebocoran. ( tapi kalau dah berjam2 tak bertukar, plastik pun tak mampu nak tanggung..bocorlah juga gamaknye ye puan =))
kemudian pad kain sekarang tidaklah setebal pad kain batik nenek2 kita dulu. pad kain sekarang lebih nipis dari pad pakai buang sebab pad pakai buang padat dengan bahan kimia dan gel. dan pad kain ni lagi selesa di kulit manusia.
untuk pencucian pula, senang nak dibasuh darah yang ada pada kain..( tapi basuhlah cepat2 darah tu ). pad pakai buang tu dibuat dari plastik yang menghalang aliran udara yang sempurna dan membentuk ruang haba yang dapat membiakkan lagi bakteria. jadi sangat mudah nak kena ruam dan gatal2.
macamana nak basuh pad kain ?
gunakan sahaja air, letak sabun mandi atau shampoo atau garam terlebih dahulu kemudian sental darah tu.
rendam dalam baldi yang dicampur dengan garam/cuka/baking soda ( rumah korang mesti ada salah satu benda ni kan...)
cuci guna tangan atau boleh masuk dalam mesin.
settle !! =)
kalau ke pejabat, saya akan bawa bath gel, wetbag/plastic bag.
cuci2 di opis, kemudian bawak balik sambung rendam di rumah pula he3
ni rupa wetbag..comel!!
pad kain pula ada butang yang dapat kita lipat kecik2 mcm dompet.
tak susah sebenarnye..mahu atau tak mahu je..
mesej dari saya : SAYANGILAH BUMI KITA.!!
( thanks to chin nee dari mama patch yang banyak ajar saya )
akak nk beli ktne?
ReplyDeletedulu kita beli kat www.mamapatch.com
ReplyDeleteactually, byk je org jual cloth pad skrg..tp saya selesa dgn mama patch he3
fuhh..menarik.. yg bujang pun boleh guna kan?
ReplyDeletesemua wanita sesuai..sebab wanita kan didatangi period..jom2 menjaga bumi dan poeket kita he3
ReplyDelete