LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Cloth wipes

siapa pernah dengar cloth wipes? tak pernah??
ok..baby wipes pernah dengar tak? pernah!
benda yang sama cuma material berbeza...




saya suka nak kongsi benda2 yang alami, yang menjimatkan poket, yang mesra alam, menyihatkan..supaya kita sebagai Khalifah ni benar2 berperanan dalam menjaga alam ini...kalau bukan kita bergelar manusia ni, siapalah lagi..nak harapkan si kancil yang kunun2 geliga itu, atau si singa raja rimba?? tentulah tidak sebab Allah hanya memberi akal fikiran buat kita bernama manusia...


cloth wipes yang pertama saya beli adalah dari mama patch..he3 (promote mama patch lagik hua3 )
harganye RM11 untuk 5 helai..bila saya congak2, cloth wipes ni kena guna banyak, jadi tak cukup 5 helai.saya dengan idea inovasi ( inovasi ke hape ntah he3) saya bawa contoh kain wipes tu ke Nagoya dan cari yang sebijik..haa..rupanye kain tu, sama ngn kain bedung..harga kain bedung yang kartun2,comel2 hanya rm4.90/meter. jadi saya beli 2 meter..jadi harganya adalah RM9.80..


kemudian saya pergi hantar ke tukang jahit untuk jahit tepi...untuk buat cloth wipes ni memerlukan dua lapisan,supaya kita dapat menggunakan kedua2 bahagian dengan baik. jadi, bahagian depan,saya gunakan yang corak2, yang belakang saya gunakan warna plain.
upah jahit RM24, x silapnya...dan saya dapat 24 helai....wah....berlambak gitu cloth wipes nye ( tapi sekarang saya tak pasti mana pergi banyak2 tu..kat rak tengok makin susut je bilangannye hu3 )



diantara koleksi mama patch..

manfaat cloth wipes..
1. jimat duit
saya selalu turun ke pureen warehouse sales.dan saya akan borong disposable wipes pureen banyak2. RM8 (200 helai wipes )..jadi saya akan borong 5 pack. 1 pack ada 100 helai, 5 pek berharga RM40.saya habis menggunakan qipes pureen ni dalam masa 4 bulan sahaja...bayangkanlah kalau saya kekalkan penggunaan disposable wipes ni selama sakinah menggunakan diapers..jenuh weii.jadi saya hanya limitkan penggunaan disposable wipes hanya untuk travel sahaja. sepatutnya saya boleh je gunakan sepanjang masa ( yang ini jgn tiru saya )
2. selesa & selamat di kulit bayi
disposable wipes memang dan sebati dengan kandungan bahan kimia. siap ada yang bau2an lagi. bahan kimia ini akan mertindakbalas dengan kulit bayi. sekiranya kulit bayi anda sensitif, ia akan menimbulkan kemerah2an pada kulit bayi.lebih2 lagi untuk kulit bayi yang baru lahir, yang sangat lembut.
cloth wipes ni tiada sebarang bahan kimia dan amat sesuai untuk kulit bayi. kita tidak memberi risiko kepada kulit anak kita.
3. memudahkan kerja2 pencucian najis
kalau menggunakan disposable wipes untuk membersihkan najis bayi, kita memerlukan sekurang2nya 3-5 helai.sebab materialnye yang nipis. kalau cloth wipes ni,1- 2 helai sudah mencukupi. 
mula2, gunakan bahagian belakang kain untuk lap semua najis bayi. kemudian, lipatkan.dan bahagian corak2 tu lap kulit bayi tadi sehingga bersih. boleh gunakan lagi sehelai untuk bilas sebersih2 nya..
nak basuh pulak, sembur je air kat najis tadi sampai tertanggal.kemudian cuci dengan air paip dan rendam dalam air sabun..
4. jangka hayat yang panjang
boleh digunakan sehingga anak2 yang berikutnya..kan dah jimat belanja =)
5. mengurangkan sisa pepejal di tapak pelupusan
ohh cukuplah kita menambahkan sisa pepejal kerana tapak pelupusan yang dibuka selalu tak dapat menampung hasil-mahsul yang kita keluarkan. kita ni bila orang cadangkan bukak insinerator untuk memproses sampah2 kita yang terlampau banyak ni, banyak pula bantahan..silap haribulan, tanah tepi kampung kita pun jadi tempat tapak pelupusan sampah..dah takde tempat punca pasal..

No comments:

Post a Comment