LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Dia katholik, saya muslim..

pagi ni saya diajukan satu soalan oleh mak saya
" berapa lama dah x baca Al-Quran ?" ternyata saya memang malu dengan soalan itu sebab seingat saya, mushaf Al-Quran saya baca sekali atau dua sahaja sepanjang Syawal yg lepas. memang patut hidup saya sedikit kecelaruan di akhir2 ini. sebab sahabat akrab telah dilupakan ( ayat yg sesuai apabila saya x membacanya. kalau akrab, kita mesti selalu keep in touch kan..)
kalau dulu, sahabat ini memang selalu dlm beg saya. tapi kini, saya sudah tinggalkannya di rumah.astaghfirullah...sahabat apekah saya ini??? adakah kerana terlalu mengejar dunia fana ( yg tiada apa2 ) ini, kita melupakan hakikat keperluan kita untuk roh kita. Astagfirullahal azim...inilah kealpaan seorang hamba..*sebak*
bila begini saya teringat seorang teman sepejabat saya... seorang penganut kristian katholik.. saya titipkan kisahnya supaya menjadi pengajaran buat kita yang bergelar seorang muslim ini.



saya dan visinah-bersiar2 kt Dataran Merdeka


namanye visinah. orang sabah. anak pertama dr 10 adik-beradik ( klu x silap..sebab ramai sgt adik2nye). ayahnya masih hidup namun ibunya telah meninggal ketika dia belajar di UiTM satu masa dahulu.
umurnya 27 tahun pada tahun 2011 ni.
saya dan visinah duduk sebelah-menyebelah je (masa di opis lama).kitorang berkawan dh hampir 4thn.
saya mmg kagum dgn dia. dia seorang penganut yang baik. 
1. rutin dia setiap hari..baca bible setiap pagi, dengar khutbah dr paderi di internet dan baca tazkirah di internet. kemudian dia akan kongsi dgn kawan2 dia apa yg dia dpt di facebook @ laman web gereja dia. bible dia dlm bahasa inggeris.jadi dia mmg akan refer pd kamus. padahal dia mmg x pandai bahasa inggeris. tp dia gigihkan juga menyelak kamus.dia x pernah tinggalkan bible nye ke mana shj dia pergi.sebab bila ada kelapangan, dia akan baca. dia mmg akan memainkan lagu church dia spjg dia bekerja..tanda ingatan utk diri dia supaya sentiasa berada dalam ketaatan Tuhannya. lagu yang dia pasang memang kuat sampai kdg2 saya pun terikut rentaknya. lagu church derang rancak2. saya pun bukak juga lagu nasyid saya.nasyid yg moden2. saya bukak x kuat mana pun. tp satu hari, ada opis mate saya yang dh tua nk pencen dh, tegur saya. " jgn pasang lagu kuat2.kita kat sini banyak kaum.kena hormati sikit agama lain" ..apekah perasaan korang bila membe saya yg pasang lagu church tu,xde plak dia heran atau tegur. apekah motif pakcik??? 
saya kemudian luahkan kt visinah psl teguran pakcik tu. sebab dia lg lama bekerja ngn pakcik tu berbanding saya. " owh yeke dia tegur..isshh kita pun pasang lagu kuat. alamak. xnak lah pasang lagu kuat2." sejak pd tu lagu kitorang sayup kt telinga kitorang je.
Muhasabah diri :
kita nak baca Al-Quran satu muka sehari pun malas. baca novel 500 mukasurat, boleh pulak!
bila ada program ilmiah kt TV, terus tukar channel! apetah lagi bersusah payah nak baca tazkirah @ dengar ceramah ustaz kt internet.
org kita ni, bila bawa Al-Quran katanye leceh sebab nak jaga - kena berwuduk dulu sblm peganglah ( padahal blh je bawak Al-Quran tafsir )
satu lg, org kita malu nk baca/buka Al-Quran di tempat selain atas sejadah! nanti orang mengumpat, katanya. (benda baik selalu di diskriminasikan olh masyarakat)
2. dekat kampung dia, dialah org pertama yang masuk universiti dan orang pertama dpt keje gomen. mmg org kg respek gila. korang taw apa dia buat bila Krismas datang...
dia akan berhabis beribu untuk membeli pakaian untuk orang2 kampungnya! ( saya pun belum sampai tahap ini ). dia akan mengumpul duit dari awal tahun utk belikan baju utk org2 kampung dia.
Muhasabah diri :
kita nak bayar zakat pun mengelat.apetah lagi nak kumpul duit buat sumbangan pada bulan Ramadhan atau buat korban di Hari Raya Qurban. kita kata " x mampulah nak buat qurban. harga sebahagian lembu pun mahal". padahal kalau dari awal tahun kita kumpul RM1/hari, boleh kita buat dana infaq utk saham kita di akhirat kelak! utk kita jugak nanti..
3. dia ada beli kereta Perodua Viva. tapi kadang2 dia naik bas g keje. bila saya tanya ke mana kereta, jawapannya " bagi orang church  guna utk hantar budak2 pergi sekolah ".
Muhasabah diri : 
apabila ada org nk gunakan kenderaan kita utk logistik kerja2 amal, kita tarik muka dh. berkira2 duit minyak itu ini..
4. selepas keje, dia akan pergi church. ( walaupun dia habis keje jam 10 malam!). kadang2 dia balik dr church jam 2 pagi. sebab dia di antara AJK church yang aktif untuk menggerakkan jemaahnye.
Muhasabah diri :
pergi masjid pun xde ( utk lelaki terutamanya. ). apetah lagi nak menyumbang utk program2 masjid. 
kita lebih sayangkan harta kita.kalau boleh semua sentiasa berada dlm dakapan-rumah,kereta,duit,emas.nak tido pun atas duit...
5. bila bulan puasa, dia hormat kami semua yg beragama islam. dia turut puasa. ( tp puasa dia sampai pukul 6ptg je ). dia x mkn/minum spjg di opis. taw ape katanye ?? " orang yang berpuasa adalah orang yang paling dekat dengan Tuhan"... dia sentiasa akan berpuasa apabila dia sedang dilanda masalah atau dia sedang dalam permohonan sesuatu pada Tuhannya. kalau orang laki yang x puasa, dia memang sound tepat punyer. 2 yang laki2 kt opis malu ngn dia. dia akan bagi khutbah..
Muhasabah diri :
nak puasa pun malas, nak hormat sekeliling pun x reti!! ( utk org lelaki)
yg perempuan MC dr puasa pun ada yg selamba mkn kt kedai di bulan puasa..yg biasa pulak makan terang2 waktu lunch hour kt meja. x hormat org yg berpuasa.


Visinah berjaya membawa dirinya sebagai seorang penganut yang baik. 
jadi saya sebagai muslim ini bagaimana hah?????? ( tempelak utk diri sendiri )
mengapa tidak jadikan diri kita penganut yang baik... tamparan buat saya yang selalu lalai..
kdg2 saya sbg muslim juga malu apabila opismate yang mengatakan mrk muslim tp main nombor ekor, tidak puasa,ambil rasuah kemudian di tegur oleh seorang penganut agama lain.
sesi muhasabah diri kembali...
tidak terlewat utk kita yang sentiasa leka dgn dunia fana ini kembali pada ALLAH..



3 comments:

  1. masa kat sabah kawan2 sya yg beragama khatolik semua mcm tu...kalu puasa dr pukul 10 malam sampai pukul 5 ptg esoknya....memang dorg rajin baca bible...dengar ceramah...tak kira lelaki perempuan....knp la kita tak mcm tu...mood sedey...

    ReplyDelete
  2. kita selalu bising2 org kristian menyebarkan dakyah mereka.memang mereka nak menyumbang kpd agama mereka.tp kita ni yang x sedar2 diri utk muhasabah.saya mmg kagum dgn derang sbb saya sendiri pun xterbuat apa yg derang buat.*jom kita psg azam*

    ReplyDelete
  3. tima kasih kawan..best betul posting ni, btl2 buat sy insaf..

    ReplyDelete